Assalamualaikum dan salam sejahtera,

labuan1
Bergambar bersama En Zul & Hj Tamrin di Anjung Ketam, Tanjung Aru, WP Labuan.

Pada penghujung tahun 2009, kami Team Forex Excel telah mengadakan Seminar Percuma dan sesi ulangkaji untuk bekas2 pelajar di Labuan dan Brunei. Di Brunei, seminar percuma kami diadakan di SEOMEO VOCTECH, Gadong. Sambutan memang menggalakkan dengan kehadiran 70 orang. Kehadiran tertinggi seminar percuma kami setakat ini. Seminar dimulakan dengan bacaan doa oleh penganjur kami di sana iaitu Haji Amili dan berakhir pada 11.30 pm. Rata2 memang berpuashati dengan seminar yang disampaikan oleh En Idris. InsyaAllah kami akan lebih kerap mengadakan seminar percuma di Brunei selepas ini. Terima kasih kepada pihak penganjur kami iaitu En Zul (Labuan) dan Hj Amili (Brunei).

brunei1
Bergambar selepas seminar.

brunei41
Bacaan doa oleh Hj Amili sebelum seminar bermula.

brunei3
Cikgu Idris bersemangat menyampaikan seminar.

Di Kota Kinabalu pula, kehadiran peserta juga menggalakkan apabila lebih dari 40 org hadir. Seminar percuma kami di KK bertempat di sebuah dewan restoran di Putatan. Terima kasih tidak terhingga kami kepada penganjur kami di sana En Sutan Takdir. Beliau juga menyediakan penginapan kami di sana.

kk1small
Sebelum seminar bermula.

kk2small1
Semua sedang tekun mendengar.

- Admin Forex Excel -